Sunday, November 13, 2011

meet my new heart ♥


hey Azureen Sabina Walter tahniah sebab berjaya curi hati aku :)
hope that you'll be the last sayang.

my one hand is enough to fight againts the world if you hold the other one

Friday, September 30, 2011

lets talk about RAYA :)

okey . Raya sudah pun berlalu dengan labu-labu nya . Sebulan means raya dah habis lah kan ? Time raya dah seriously habis baru la post pasal raya . :p 
Untuk raya tahun ni aku rasa best sangat-sangat walaupun aku beraya hanya 4hari sebab aku daftar awal untuk kemasukkan ke universiti . So aku guna kan hari-hari yang singkat ni sebaik mungkin . Semua rumah aku dah jalan & ada peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebab sebelum ni aku banyak tolong orang kat rumah . Untuk raya tahun ni mostly aku bersama kawan-kawan aku . Kalau nak tengok aku ada dalam rumah memang harapan la . HAHA . so , kat bawah ni antara gamba-gamba aku time RAYA 2011 :D














terima kasih  ^..^

Monday, July 25, 2011

i'm free

rasa-rasa nya sepanjang aku bercuti semenjak habis pengajian di matrikulasi takda satu pun benda yang berfaedah aku buat . aku habiskan banyak masa untuk tidur . aku rasa macam nak extand cuti sebab rasa indah sangat tanpa memikirkan apa-apa bebanan . FREEMAN 24/7 . seronok sangat . HAHA . tapi benda ni takkan lama sebab aku dah dapat tawaran untuk ambil Degree bulan September ni . -..-' dahla perlu hadir mendaftar awal (4th September) tak puas lagi aku nak beraya rasa nya . HAHA . aku dapat tawaran dari UTM . Alhamdulillah sebab ni first choice aku yang sangkut & nasib baik aku tak kena 'lelong' .
Sepanjang cuti ni , aku banyak habis kan duit untuk motorsikal aku . kira punya kira , lebeh 1000++ aku spend . HAHA . jiwa muda nak buat macam mana . lagipun dah takda benda lain nak dibuat ;D













Saturday, June 4, 2011

konvoi

oke . kali ni aku nak kongsi pasal aktiviti terbaru yang aku buat . 3rd June 2011 ( friday ) yang lepas , aku dan kawan-kawan aku konvoi ke Sarikei . first time aku ke sana naik motorsikal . Plan memang dah cantik , berkumpul jam 7 pagi . Tapi batang hidung sorang pun tak nampak pagi tu . HAHA . Jam 11 pagi baru semua ada . janji melayu sungguh -_-" perjalanan sejauh 49km jer . HAHA . Sampai kat sana , kitorang terus cari masjid sebab nak sembahyang jumaat . Actually tu sahaja yang kami buat kat sana . HAHA . btw , seronok sebab pergi beramai-ramai ;D


isi tenaga sebelum pergi . COFFEE :)


11orang semuanya


rehat**


kat Masjid . baru tiba :)


singgah minum sebelum balik


p/s : aku nak tengok sejauh mana hubungan hot-hot chicken shit orang tu bersama 'lelaki terakhir dalam hidupnya' HAHA

Thursday, April 28, 2011

Broga Hill

hari isnin yang lepas [25th.April2011] aku follow ex2 KMTJ dan beberapa budak2 UIA ke Bukit Broga. Satu pengalaman yang amat seronok bagi aku. ^^,
Kitorang semua bertolak ke Semenyeh pada malam Ahad dan malam tu kitorang overnight ( tak tido -.-" ) semata-mata nak daki bukit tu awal-awal pagi sebab nak tengok matahari terbit. Pendakian mengambil masa dalam 1jam dan aku merupakan orang kedua yang tiba ke puncak bukit walaupun tanpa berbekalkan lampu suluh ( jalan gelap takde lampu ).HAHA*ketawa bangga* satu kepuasan apabila berada di atas puncak bukit kerana angin nya yang kencang dan sejuk. Pemandangan dari atas pun amat mengujakan.


dalam perjalanan yang mengantukkan -.-"


tiba di puncak.time ni gelap lagi


dah terang sikit. 14org semuanya ;)


aku dan sunrise


happy sakan.hoyeeaaahh!!


dah nak turun time ni :D



balik je dari Broga Hill,kitorang pergi pulak mandi kat Air Terjun Hulu Yam. Ini kali pertama aku mandi kat air terjun. Yeaahh! *sakai.haha. Gamba aku tak boleh tunjuk sangat sebab semua mandi tak pakai baju. Aurat tuu..haha. Yang best time ni,tengah best-best makan durian yang kitorang bawak,tiba-tiba datang seekor monyet kat belakang aku nak mintak sikit. Yelaa,dalam hutan kan. Monyet ni sensetif sangat hidung dier sampai dapat hidu bau durian kitorang.haha. Semua makanan dibedal lepas dapat durian then boleh plak ajak geng-geng monyet yang lain.haha.kitorang pun baling monyet nih guna batu sebab dah marah sangat. Baru pandai nak lari.haha


lepas mandi. Sejuukk~


monyet kelaparan.HAHA



p/s : pengalaman yang manis sangat sepanjang aku berada di sini. Trimas kawan-kawan :)



Friday, April 22, 2011

sayonara KMTJ ;'(

pada 20th April 2011 yang lalu,tamat lah pengajian aku di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor.setelah setahun bertungkus-lumus belajar,akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian ni walaupun pada mula-mula nya aku ingin keluar dari kolej ini untuk mengambil diploma kerana tak dapat follow topik nya yang laju sangat.tapi Alhamdulillah aku dapat menyesuaikan diri. banyak kenangan pahit & manis aku ketika berada di sana. Plus,ini kali pertama aku datang ke Johor dan berjauhan dengan family aku dalam masa yang panjang. 


kenangan  ;)  

                                                    time study week before Final Exam                    

                                                        Drama Competition. We're champion ok !

                                                                    my roommate ;)

                                                               merentas desa. yeahhh!!

berFUTSAL buat kali terakhir




i miss you all !

Saturday, March 12, 2011

takziah JAPAN

pada 11th March 2011,dunia dikejutkan apabila sebuah negara maju,Jepun digegarkan oleh gempa bumi pada ukuran 8.9 pada skala Ritcher sekaligus menghasilkan Tsunami yang telah mengorbankan seramai 217 mangsa (Sabtu) dan dijangka akan mencecah sehingga 1000 mangsa.“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.-BH






Wednesday, March 9, 2011

iPhone 5 *utterly not yet confirmed


ini merupakan calon-calon iPhone 5 yang direka oleh sesetengah pihak yang ingin meneka model yang bakal dikeluarkan oleh Verizons pada masa akan datang.
(The rumor version)



"thin like a card."unik tapi mungkin membimbangkan pengguna kerana terlalu nipis.HAHA


macam iPhone4 pun ada


-..-"


yang ni aku suka.inovasi yang terbaik. ;D

WHAT EVER IT IS,YOU MIGHT WANT TO KNOW.
ITS JUST RUMORS!


Saturday, March 5, 2011

X-Ray

* aku pun taktau bahagian mana satu yang retak.HAHA

my name. ^..^



kali pertama aku xray sepanjang hidup aku dan ini satu pengalaman yang hebat! *sakai.HAHA. Ini disebabkan tulang pada pergelangan tangan kiri aku retak time jatoh main futsal. Sakit la sangat. 3bulan aku buat treatment kat hospital (sebulan sekali) sampai lar tangan aku sihat waalfiat. ;D
tapi benda ni berlaku bulan12 2011.bulan 2 yang lepas baru sihat.lambat sikit nak p0st pasal cerita nih.s0rree. HAHA.



Wednesday, February 16, 2011

lawak la sangat ^..^

Pak Pandir dan Mak Andeh mengadu kepada doktor tentang masalah ingatan yg mereka alami. Selepas membuat pemeriksaan, doktor memberitahu, kesihatan Pak Pandir dan Mak Andeh, ok. Tetapi supaya tidak mudah lupa, mereka dinasihatkan menulis ape yg mereka inginkan di atas kertas.

Malam itu, smbil menonton cerite P. Ramlee, Pak Pandir meminta Mak Andeh tolong masakkannye mee segera perisa kari.

Pak Pandir: Tulis tu... perisa kari!

Mak Andeh: Alah tak payah, saya boleh ingat!

Baru Mak Andeh hendak pergi ke dapor, Pak Pandir berkata lagi,

Pak Pandir: Jangan lupa masukkan telur sebiji.

Mak Andeh: Ok.

Pak Pandir: Tulis pada kertas, nanti lupa.

Mak Andeh: Alah, saya ingat.

Pak Pandir: Satu lagi, masukkan cili padi sikit.
Mak Andeh, tulis kat kertas, nanti lupe!

Mak Andeh: Alah... Saya ingatlah. Maggi kari,
taruk telur ngan cili.

20 minit kemudian, Mak Andeh kembali ke ruang tamu. tapi yang dibawanya
bukan maggi yg ade telur dan cili padi, tapi cekodok!!!!!
Pak Pandir marah betul. kata Pak Pandir...

Pak Pandir: Kan saya dah kata, tulis, tulis, tapi awk degil. ha...
Kan awk dah lupa bawa sosnya!!!

(Pak Pandir 2x5 daaaaa)

Sunday, January 16, 2011

for the first

untuk 2011,ini post yg first aku buat.lama dah tak post.busy sangat.follower pun dh bertambah sikit.trimas ;) actually,aku tiada apa-apa cerita untuk dicerita.so,ni je.bubye BLOGGER !